PANDUAN PENGGUNA

Pencegahan

Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.

Kereta




• Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.
• Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak.
  Jangan sekali kali berkongsi tali pinggang keselamatan.
Seat belt must be properly placed with the lap belt across the hip bones and 
   fit  snugly across the chest.
• Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di 
  tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.
• Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya di letakkan di
tempat duduk belakang. bayi juga perlu di letakkan di tempat duduk belakang dalam
tempat duduk khas.
• Gunakan sistem kawalan kunci kereta.



Pejalan kaki


• Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di
bawah 10 tahun melintas jalan secara bersendirian.
• Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan lintasan pejalan
kaki.
• Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.
• Jangan berlari ketika melintas jalan.
• Jangan bermain berhampiran jalan raya.
• Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah, pengguna
sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurang kurangnya 100 meter daripada
kawasan tersebut.
• Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan melawan arus
trafik supaya dapat melihat kenderaan di hadapan.
• Pakai pakaian yang cerah atau terang pada waktu malam supaya dapat di lihat oleh
pemandu yang lain.




Penumpang bas



• Jangan tunggu bas berhampiran lalulintas.
• Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki bas.
• Berhati-hati ketika menaiki tangga bas.
• Pastikan bas berhenti sebelum turun dari bas.
• Berhati-hati semasa turun dari bas.
• Selepas turun dari bas, jalan kehadapan bas supaya pemandu bas dapat melihat anda.
• Pastikan anda berada jauh dari bahagian belakang bas sepanjang masa.




Penunggang Motosikal



• Elakkan membawa kanak-kanak semasa menunggang motosikal. Gunakan
kaedah pemanduan yang selamat.




Penunggang basikal


• Pastikan basikal dalam keadaan baik .
• Gunakan topi keledar basikal jika penunggang adalah kanak-kanak.




" Gunakanlah jalan raya dengan baik, ingatlah yang tersayang. Anda mampu mengubahnya. Pesanan daripada kami untuk anda "