Rabu, 2 November 2011

Pengenalan Blog Jabatan Keselamatan Jalan Raya



Jabatan keselamatan Jalan Raya ( JKJR ) telah mewujudkan satu blog rasmi iaitu Blog Rasmi Jabatan keselamatan Jalan Raya pada 14 Januari 2011. Idea untuk mewujudkan blog ini adalah daripada Y.Bhg Datuk Suret Singh selaku Ketua Pengarah Jabatan keselamatan Jalan Raya Malaysia.
Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan JKJR memberikan maklumat secara terus kepada pengguna internet dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak JKJR bagi memastikan saluran maklumat kepada rakyat ditahap yang memuaskan seterusnya dapat meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya.Melalui blog ini juga, diharap JKJR akan mendapat maklumbalas daripada orang awam atau pelanggan JKJR dari pelbagai latar belakang terhadap perkhidmatan dan kempen yang diberikan oleh JKJR.

Untuk makluman lanjut, layari  laman web Jabatan Keselamatan Jalan Raya 
http://www.panducermat.org.my/portal/

Selasa, 1 November 2011

Isu Keselamatan Jalan Raya??

Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia sejak akhir-akhir ini menjadi semakin berleluasa. Saban hari media cetak dan elektronik menyajikan berita kemalangan jalan raya yang mengerikan dan menyayat hati. Mangsa kemalangan jalan raya juga tidak mengenal usia sama ada golongan tua, dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Akibat daripada kemalangan jalan raya tersebut, mangsa akan mengalami kecederaan yang parah atau ringan atau mungkin terus menemui kematian. Pelbagai kesan berikutan kemalangan itu sama ada dari segi fizikal, mental atau emosi akan terus menghantui mangsa yang bernasib baik terselamat daripada maut. Namun, kesan kehilangan nyawa terhadap tenaga kerja dalam negara secara keseluruhannya perlu dipertimbangkan secara lebih mendalam.


Kemalangan jalan raya di Malaysia yang telah mengakibatkan insiden kematian iaitu kemalangan maut dan menghubungkaitkan insiden kematian itu dengan implikasinya terhadap kos kehilangan tenaga kerja di Malaysia. Statistik kemalangan jalan raya Malaysia sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa lebih daripada 50% mangsa kemalangan terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 20-35 tahun.


Mereka ini merupakan golongan peringkat usia yang paling produktif dan berpotensi dari segi tenaga kerjanya. Mereka mempunyai tempoh masa antara 20-35 tahun lagi untuk menyumbang khidmat bakti kepada negara dalam apa jua bidang pekerjaan. Oleh yang demikian kehilangan nyawa golongan yang produktif ini akibat kemalangan jalan raya mempunyai implikasi yang amat besar kepada produktiviti tenaga kerja negara. Kematian secara mengejut (untimely death) akibat kemalangan jalanraya menimbulkan kesan yang negatif kepada produktiviti negara. Kemajuan negara mungkin terjejas dalam tempoh jangkamasa yang panjang seandainya tren kematian akibat kemalangan jalan raya ini berterusan.